Cari @ Amanz

Program Beta biasanya diberikan kepada insan yang mahu menguji sistem operasi baharu sebelum ia diberikan kepada orang ramai. Perisian biasanya dipenuhi pepijat dan mungkin mengakibatkan peranti gagal berfungsi. Tetapi input yang diberikan akan memperbaiki sistem operasi dan anda merasakan seperti berjaya kepada komuniti. Terkini OnePlus membuka Beta OnePlus 6 tertutup khusus untuk golongan elit.

Menurut program ini pengguna dapat menguji fungsi rahsia yang bakal diperkenalkan. Mereka perlu menandatangani borang khas bagi mengelakkan rahsia dari tertiris. Hanya 100 individu akan dibuka dan bergantung kepada keatifkan pemohon di laman rasmi komuniti OnePlus. Segala maklum balas akan dilakukan menerusi laman Slack rasmi OnePlus. Sekiranya anda merasakan anda cukup elit dan mahu menjadi penguji perisian beta OnePlus. Sila ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd