Lagi Gambar Google Pixel 3 XL Tertiris Dengan Rekaan Takuk Yang Besar

Lagi Gambar Google Pixel 3 XL Tertiris Dengan Rekaan Takuk Yang Besar

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Sekali lagi gambar sebuah Google Pixel 3 XL telah tertiris ke arena web. Menerusi gambar terkini ini, ia sekali lagi mengesahkan penggunaan takuk pada skrin yang bersaiz besar. Ini adalah kerana takuk ini menempatkan sebuah pembesar suara dan sistem dwi-kamera. Penggunaan rekaan ini mungkin boleh dikatakan ketinggalan zaman kerana pengeluar lain sudah mula menggunakan takuk kecil seperti Essential Phone.

Seperkara lagi yang menarik ialah Pixel 3 XL masih lagi menggunakan satu kamera utama pada bahagian belakang. Google mungkin berpuasa hati dengan kemampuan kamera Pixel 2 tahun lalu yang masih menyokong mod potret bokeh tanpa menggunakan sensor sekunder. Rekaan dwi-tona dengan kombinasi logam dan kaca yang digunakan Pixel terdahulu masih dikekalkan. Apakah pendapat pembaca mengenai rekaan takuk jendul ini?


TIPS & ULASAN