Cara mencari pasangan sudah banyak berubah berbanding zaman ibu bapa kita. Saya sendiri secara peribadi menemui isteri menerusi aplikasi Twitter tetapi aplikasi mencari pasangan paling popular sekarang ialah Tinder. Bagi memudahkan proses mencari kekasih di universiti, Tinder U telah dilancarkan.
Ini ialah Tinder tetapi yang hanya membenarkan pengguna yang masih belajar di kolej. Untuk mendaftar, pengguna perlu memiliki alamat emel .edu dari universiti yang mempunyai kelas fizikal dan pensyarah. Ini bermakna pelajar universiti atas talian tidak boleh menggunakan Tinder U. Tinder U hanya akan memaparkan pengguna yang juga adalah pelajar univerisiti dan sekaligus menapis pengguna yang terlalu muda atau telah berusia.