Kit Nirwayar Vive Wireless Adapter Dilancarkan Oleh HTC
HTC

Kit Nirwayar Vive Wireless Adapter Dilancarkan Oleh HTC

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Satu kekurangan peranti realiti maya ialah terdapat sambungan wayar fizikal yang mengehadkan pergerakan ketika ia digunakan. Beberapa penyesuai tanpa wayar telah dihasilkan oleh pihak ketiga. Bagi pemilik peranti realiti maya Vive dan Vive Pro, HTC akhirnya melancarkan penyesuai nirwayar rasmi mereka.

Vive Wireless Adapter dipasang pada bahagian tapi pengikat kepala pengguna Vive dan Vive Pro. Ia dikatakan boleh dipasang dalam masa hanya beberapa minit dan dikuasai oleh power bank HTC QC 3.0 terbina. Pengguna juga perlu menyambung kad PCI-E ke dalam PC untuk menyokong sambungan secara nirwayar. Kit nirwayar ini boleh berfungsi di dalam lingkungan 6 meter dan dengan sudut pengesanan sebesar 150 darjah. Apabila dipasang ia kelihatan seperti dua tanduk pada kepala pengguna.

Pra-tempahan akan dibuka pada 5 September ini dengan jualan bermula 24 September. Vive Wireless Adapater dijual pada harga $299 (~RM 1225) sebuah dengan penyesuai tambahan untuk Vive Pro pada harga $60 (~RM 245) sebuah.


TIPS & ULASAN