Google sebelum ini telah sedia menguji rekaan antaramuka baru Chrome yang turut menyertakan beberapa elemen daripada Material Design. Selepas diuji pada peringkat pembangunan, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan antaramuka baru pelayar web berkenaan bermula Chrome 69 yang dijadualkan untuk pelancaran mulai 4 September.
Antaramuka baru membawakan rekaan lebih kemas, termasuk susunan tab yang dikemaskini dan paparan lebih ceria berbanding pada Chrome hari ini.
Selain antaramuka, Chrome 69 juga kelak dilihat akan menawarkan sokongan integrasi notifikasi terus ke Action Center untuk pengguna Windows 10, selain sejumlah ciri-ciri baru yang lain.