Apple Dilaporkan Berubah Kepada Pembekal Komponen Dari China Bagi Mengurangkan Kos

Apple Dilaporkan Berubah Kepada Pembekal Komponen Dari China Bagi Mengurangkan Kos

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Tahun lalu Apple menjadi pengeluar pertama menghasilkan telefon pintar yang dijual pada harga melebihi $1000. Kos komponen OLED yang mahal keluaran Samsung dikatakan menjadi faktor mengapa iPhone X dijual pada harga tidak mesra poket ini. Menurut laporan DigiTimes, Apple kini berubah kepada pembekal komponen dari China bagi mengurangkan kos pengeluaran peranti mereka.

Bateri iPhone serta Macbook kini dihasilkan oleh syarikat dari China iaitu Desay Battery Technology dan Sunwoda Electronic. Pembekal sebelum ini Simple Tehcnology dari Taiwan kini menghasilkan bateri untuk basikal elektrik. Pengeluar kerangka besi untuk Macbook iaitu Catcher Technology digantikan pula oleh Everwin Precision Technology dari China.

Dengan kos komponen yang dikurangkan, peranti yang lebih mesra poket dapat dihasilkan di masa hadapan. Bagi yang skeptis ini mungkin dilihat sebagai langkah meningkatkan keuntungan dengan mengekalkan harga jualan. Jawapannya hanya akan diketahui sekiranya Apple mengurangkan harga jualan peranti mereka dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN