Cari @ Amanz

Cip pemproses dengan sokongan 5G adalah cip pemproses generasi baru. Selain daripada sokongan 5G, saiz nm yang lebih kecil juga adalah penting. Terbaru dari Qualcomm adalah – mereka telah memulakan persampelan cip pemproses 7nm dengan sokongan 5G. 

Menurut Cristiano Amon, iaitu Presiden Qualcomm – pada penghujung tahun 2018, hotspot 5G akan tersedia. Manakala pada separuh tahun pertama 2019telefon pintar generasi baru akan menggunakan cip ini.

Cip kelas utama ini direka untuk memberi pengalaman intuitif dan interaksi yang kuasanya leboih efisyen dengan bantuan kecerdasan buatan, jangka hayat bateri yang lebih lama, prestasi baik, fokus kepada peranti berhubung, automatif dan banyak lagi.

Ini adalah berita baik, nampaknya kita akan lihat teknologi 5G lebih awal serta cip kelas utama baru seawal tahun 2019. Apakah cip tersebut dan aplikasinya pada apa? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd