LG V45 Dijangka Hadir Pada Awal Tahun 2019 Sebagai Telefon 5G Pertama LG
LG

LG V45 Dijangka Hadir Pada Awal Tahun 2019 Sebagai Telefon 5G Pertama LG

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

LG merupakan salah satu pengeluar peranti mudah-alih yang popular dari Korea Selatan, namun pada tahun ini, mereka dilihat agak perlahan dalam pemasaran peranti membuatkan mereka sedikit ketinggalan jikalau dibandingkan dengan pelbagai pengeluar lain.

Terkini, untuk pertengahan kedua 2018, LG dijangka melancarkan sebuah telefon pintar baru yang dinamakan sebagai LG V40. Telefon pintar ini dijangka dilancarkan pada minggu pertama Oktober kelak.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Beberapa desas-desus mengatakan ia mungkin hadir dengan sokongan sehingga lima kamera bersama-sama dengannya.

Menariknya, selain daripada LG V40, pengeluar peranti berkenaan dilihat turut telah merancang versi seterusnya – iaitu LG V45.

Menurut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan LG V45 akan diperkenalkan pada awal tahun 2019 kelak, dan dijangka menjadi telefon pertama daripada LG dengan sokongan rangkaian 5G.


TIPS & ULASAN