Facebook Sedang Menguji Ciri Pengecaman Suara Dikenali “Aloha”

Facebook Sedang Menguji Ciri Pengecaman Suara Dikenali “Aloha”

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Pada hari ini, pelbagai syarikat memfokuskan kepada pembangu digital maya mereka tersendiri – yang mana turut hadir dengan sokongan input berasaskan suara. Antara yang popular adalah Google Assistant daripada Google, Siri daripada Apple, Cortana daripada Microsoft, Alexa daripada Amazon dan juga Bixby daripada Samsung. Salah satu syarikat gergasi yang masih menjadi misteri perancangan mereka dalam arena ini adalah Facebook.

Sebelum ini, Facebook telah membangunkan pembantu maya digital mereka tersendiri dan mengujinya dibeberapa buah negara. Ia dikenali dengan nama “M”. Namun, projek berkenaan telah dimatikan oleh Facebook tidak lama sebelum ini.

Terkini, gergasi laman sosial berkenaan dilihat sedang menguji sebuah lagi pembantu maya baru. Melalui kod pembangunan yang ditemui pada aplikasi Facebook, ia dilihat syarikat berkenaan sedang menguji sebuah ciri pengecaman suara pintar yang baru dikenali “Aloha“.

Daripada apa yang diperlihatkan melalui video, ia menunjukkan Aloha mampu mengubah ucapan kepada bentuk teks. Ia mungkin menjadi asas utama sebelum Facebook menambah sokongan pembantu maya dan sebagainya kepada fungsi baru ini.

Malah, ia juga mungkin menjadi salah satu tunjang utama sebelum Facebook memperkenalkan sebuah speaker pintar mereka tersendiri.

Dengan ketirisan baru ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai cita-cita Facebook dalam arena “suara” tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN