Google Menguji Sokongan Google Assistant Pada Android Message

Google Menguji Sokongan Google Assistant Pada Android Message

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Beberapa hari lepas Google telah mengaktifkan sokongan tema gelap serta rekaan Material Design baru pada Android Message. Selang sehari kemudian, sokongan tema gelap ini dihentikan. Ini mungkin ujian awal Google sahaja. Kini, Google meneruskan lagi eksperimen mereka dengan Android Message dengan integrasi Google Assistant.

Jika anda lihat pada gambar di atas, ahli XDA menguji ciri ini dan ia berfungsi dengan baik. Ciri ini adalah hampir sama dengan aplikasi permesejan Allo. Integrasi Google Assistant pada Android Message ini mungkin adalah langkah Google sebelum menghentikan Allo sepenuhnya.

Sebelum ini, banyak juga ciri dan fungsi dari Allo diintegrasikan kepada Android Message. Bilakah ia akan hadir ke semua pengguna? Masih tidak pasti, kerana ia masih lagi dalam bentuk ujian. Tetapi agak menarik – kerana kini Android Message akan lebih pintar dan mudah digunakan.


TIPS & ULASAN