Rekaan LG V40 Dengan Takuk Dan Tri-Kamera Tertiris
LG

Rekaan LG V40 Dengan Takuk Dan Tri-Kamera Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Seperti yang dilaporkan pada bulan lepas, LG V40 akan hadir dengan lima kamera. Iaitu tiga di belakang dan dua di hadapan. Kini tertiris adalah rekaan LG V40 yang memperlihatkan takuk dihadapan serta tri-kamera di belakang yang disusun melintang.

Ura-ura mengatakan, ia akan meminjam sedikit konsep dari LG G7 seperti butang Google Assistant. Selain itu, fungsi audio seperti DAC dan HiFi akan diteruskan. Lebih menarik, bicu audio 3.5mm masih lagi kekal.

Lain-lain rekaan adalah hampir sama dengan siri LG V lain. Cuma membezakannya adalah penggunaan kemasan seakan cermin. Mengikut laporan lepas, ia akan hadir pada bulan September kelak.


TIPS & ULASAN