edotco ingin Mempercepatkan Pergeseran Operasi Model Generasi Baharu Kepada Pengguna

edotco ingin Mempercepatkan Pergeseran Operasi Model Generasi Baharu Kepada Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 26, 2018 oleh .

Penglibatan edotco dalam perniagaan infrastruktur bagi landskap menara dan telekomunikasi menyebabkan mereka mengakui bahawa keperluan infrastruktur dilihat berbeza berbanding dengan tuntutan wilayah negara lain.

Berikutan itu, edotco tampil dengan mencari penyelesaian bagi mengatasi permasalahan keperluan infrastruktur ini dengan menggariskan elemen seperti mengurangkan permasalahan jaringan digital, mengawal penggunaan kuasa secara keseluruhan dan mempermudahkan operasi infrastruktur untuk operator jaringan dalam perbincangan meja bulat bersama media.

Muniff Kamaruddin – Pengarah Operasi Kumpulan edotco, Malaysia menyatakan Next-Generation Operating Model adalah perintis yang diperkenalkan edotco sebagai penyelesai kepada permasalahan infrastrukstur peranti. Model operasi ini merangkumi beberapa sistem antaranya adalah Echo, selaku sistem pemantauan jarak jauh edotco yang menyediakan amaran masa nyata dan penggera di seluruh negara kita. Echo adalah sistem peranti berhubung yang digunakan di semua laman web mereka.

Sistem ini membolehkan pengguna dapat mengesan wawasan masa nyata berhampiran dengan kedudukan tapak, penggunaan tenaga pada peranti berhubung. Manakala Easi, pula adalah sistem pengurusan kitaran hayat aset sendiri yang mampu menguruskan aset syarikat dan mengautomasikan proses aliran kerja seperti pembinaan laman, operasi dan pembelanjaan syarikat menjadi lebih mudah. Berserta kunci pintar edotco, sistem ini juga mampu mengurangkan kecurian data sebanyak 30 peratus, vandalisma dan risiko keselamatan yang lain semasa berlakunya proses menaiktarafkan sistem peranti perniagaan.

Menerusi model operasi ini, mereka turut menekankan pandangan organisasi dan pelanggan bagi mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan operasi. Penggunaan seperti proses pintar automasi, analisis data lanjutan, kecerdasan buatan, dron, aplikasi mobiliti dan realiti tambahan ini secara tidak langsung dapat menjadikan sistem operasi edotco lebih mantap, cepat dan kos menjadi efektif. Selain itu, model operasi ini hadir dengan keupayaan ramalan yang mampu mengekalkan sokongan bagi hasil perniagaan melalui pengurusan alat automasi. Melalui sokongan ini mereka dapat mengenalpasti potensi kerosakan yang ada pada peranti dan dapat mengurangkan kesilapan manual serta meningkatkan kecekapan peranti. 

Bagi perancangan masa hadapan pula, edotco bakal hadir dengan konsep perancangan “3D” iaitu merangkumi pengumpulan data, digital dan dron sebagai elemen utama dalam mengetengahkan konsep teknologi hijau mereka. Menurut penelitian yang dibuat, pengumpulan data melalui penggunaan dron dilihat lebih cepat sebanyak 35 peratus. Oleh itu, mereka telah melakukan pelaburan bagi menghasilkan teknologi baru dalam infrastruktur telekomunikasi menara dengan muncul sebagai syarikat pertama yang menggunakan buluh bagi pembinaan infrastruktur telekomunikasi menara yang pertama di Uttara, Dhaka, Bangladesh.

Dengan pembaharuan teknologi hijau ini, edotco mahu tampil sebagai platform yang mengutamakan kelestarian dan sumber asli pada bahan pembinaan setiap peranti yang dihasilkan dalam infrastruktur telekomunikasi menara di negara Asia.


TIPS & ULASAN