Carian
ZTE
Imej Rasmi Axon 9 Pro Diperlihatkan Menandakan Kembalinya ZTE Ke Arena Telefon Pintar
August 23, 2018 Effi Saharudin

Awal tahun ini masa depan ZTE kelihatan cukup kelam selepas ia dihalang dari mengimport teknologi dari syarikat milik Amerika Syarikat selama tujuh tahun. Halangan ini menyebabkan perniagaan telekomunikasi ZTE ditutup secara mengejut. Selepas bersetuju melakukan perubahan pucuk pimpinan dan membayar denda ZTE kini dibenarkan semula berurusan seperti biasa.

Bagi menandakan kembalinya mereka ke arena telefon pintar, imej pengolokan rasmi ZTE Axon 9 Pro telah dikongsi menerusi laman Weibo rasmi mereka. Imej acah dengan nombor 9 turut dimuat naik ke laman Twitter mereka. Dari segi rekaan ia menggunakan skrin bertakuk tetapi berdagu dan sistem dwi-kamera. Ini nampaknya rekaan yang amat popular tahun ini sejak diperkenalkan oleh iPhone X. Besar kemungkinan Axon 9 Pro akan dilancarkan di IFA yang berlangsung hujung bulan ini.

https://twitter.com/ZTEDevice/status/1031437933360730113

Komen