Ini Adalah Peratusan SST Yang Akan Memberi Impak Kepada Pembelian Gajet Anda

Ini Adalah Peratusan SST Yang Akan Memberi Impak Kepada Pembelian Gajet Anda

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Bermula 1 September 2018 kelak, kerajaan akan mengaktifkan penggunaan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) untuk pelbagai produk dan perkhidmatan. Hal ini sekaligus secara tidak langsung akan memberikan impak kepada harga jualan pelbagai gajet dan peralatan elektronik di Malaysia.

SST Malaysia

Selari dengannya juga, kini kerajaan telah menerbitkan dokumen rasmi yang memberikan info berkenaan berapakah kadar cukai yang akan dikenakan untuk pelbagai kategori produk berbeza bermula 1 September 2018 kelak.

Berikut merupakan antara kategori produk yang akan dikenakan SST, dan kadar cukai untuknya.

Kategori Produk % SST
Telefon mudah-alih 5%
Fon Kepala 10%
Monitor 10%
Mikrofon 10%
Modem 5%
Cakera Keras 10%
Kamera DSLR 10%
Fon Telinga 10%
Televisyen 10%
Pemacu USB 5%
Komputer Riba 5%

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan beberapa produk atau peralatan elektronik, mungkin anda boleh mendapatkannya dalam waktu terdekat sebelum ia mungkin memperlihatkan sedikit peningkatan pada harganya – walaupun tidak setinggi ketika pengenalan GST tempoh hari.

Baca : Panduan SST (PDF)


TIPS & ULASAN