Vivo V11 Bakal Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Vivo V11 Bakal Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018 oleh .

Vivo sebelum ini telah menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin melalui telefon pintar Vivo X21 dan juga Vivo NEX. Kedua-duanya boleh dikatakan sebagai peranti premium. Kini, nampaknya Vivo turut ingin membawa teknologi pengimbas cap jari pada skrin untuk telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka dibawah siri-V.

Vivo V11 Pengimbas Cap Jari

Melalui gambar acah yang diterbitkan hari ini melalui Facebook, Vivo memperlihatkan yang mana Vivo V11 akan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Disamping itu, telefon pintar ini juga dijangka menggunakan panel Super AMOLED dalam memaparkan gambar yang cantik melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vivo V11 akan dilancarkan di Malaysia. Dengan pelbagai gambar acah yang dikongsikan, kita mungkin melihat Vivo V11 ini dipasarkan di Malaysia mulai September kelak.


TIPS & ULASAN