HTC hari ini telah hadir dengan gambar acah untuk pengumuman sesuatu yang baru dibawah siri-U pada minggu hadapan, 30 Ogos 2018. Buat masa ini, peranti apa yang akan diperkenalkan masih tidak diketahui.
Bersama-sama perkongsian gambar acah, HTC menggunakan teks “Kecantikkan” dan “Kuasa”. Memandangkan HTC baru sahaja memperkenalkan HTC U12+, maka berkemungkinan besar peranti yang bakal diperkenalkan adalah HTC U12 Life yang telah diperkatakan sejak awal tahun ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan peranti baru daripada HTC ini pada minggu hadapan.
Beauty and power meet on August 30th 2018. pic.twitter.com/pOVKlEzSGY
— HTC (@htc) August 23, 2018