Cari @ Amanz

iFlix, penyedia perkhidmatan penstriman video yang berpusat di Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran terbaru mereka yang dinamakan iFlix News. Melaluinya, sebuah hab berita 24-jam akan disediakan yang menghimpunkan pelbagai berita daripada sumber-sumber berbeza, dan boleh diakses 24 jam sehari. Hab ini boleh diakses secara percuma oleh semua pengguna iFlix.

iFlix News

Dengan adanya iFlix News, pengguna bukan sahaja boleh mengikuti pelbagai rancangan dan filem kegemaran mereka pada iFlix, tetapi juga berita semasa dengan mudah tanpa perlu ke kaca televisyen. Perkhidmatan berita 24-jam ini akan aktif dibeberapa pasaran bermula 3 September 2018 ini. iFlix News akan menghimpunkan berita daripada beberapa sumber, termasuk Bernama, KiniTV, Al Jazeera dan sebagainya.

Bagi anda yang aktif menggunakan iFlix, boleh nantikan pengenalan ciri baru ini secara rasminya mulai awal September ini, iaitu 3 September 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd