Cari @ Amanz

Kamera kompak Panasonic Lumix LX100 Mark 2 dilancarkan hari ini dan merupakan model kemaskini kepada LX100 2014 yang amat popular di kalang peminat fotografi. Sesuai dengan peredaran semasa, LX100 Mark 2 kini mempunyai sokongan skrin sesentuh, WiFi, bluetooth dan rakaman video pada resolusi 4K.

Kamera kompak ini dilengkapi sensor mikro 4/3 sebesar 17-Megapixel yang dipadankan dengan lensa 24-75 mm Leica DC Vario-Summilux f/1.7-f/2.8. Dari segi rekaan luaran LX100 Mark 2 mengekalkan bentuk yang sama dengan model terdahulu cuma kini terdapat tempat menyangga jari pada bahagian kanan. Skrin sesentuh sebesar 3″ terletak pada panel belakang. Menerusi sokongan WiFi dan Bluetooth, gambar yang dirakam dapat dipindahkan dengan lebih mudah.

Tetapan ISO sehingga 25600 disokong bersama dengan kemampuan mengambil 11 gambar sesaat. Fungsi menarik yang diberikan ialah Post Focus yang membolehkan fokus gambar diubah selepas rakaman dilakukan. Panasonic Lumix LX100 Mark 2 akan mula dijual pada bulan Oktober pada harga $999 (~RM 4105) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd