#GalaxyNote9 – Bateri 4000mAh Yang Menawarkan Masa Penggunaan Sepanjang Hari

Diterbitkan pada Ogos 23, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Note 9 merupakan salah satu telefon pintar berkuasa tinggi yang telah dilancarkan di Malaysia. Ia menawarkan bukan sahaja pemprosesan berkuasa, tetapi turut hadir dengan memori yang pantas, storan yang banyak, dan menariknya turut hadir dengan bateri berkapasiti besar – iaitu 4000mAh.

Jikalau dibandingkan dengan Galaxy Note 8 sebelum ini, Galaxy Note 9 membawakan peningkatan bateri sebanyak 21%. Selain itu, dengan pelbagai pengoptimasian tambahan, Galaxy Note 9 kini menawarkan masa penggunaan sepanjang hari tanpa masalah untuk pengguna.

Samsung Galaxy Note 9

Ini sekaligus menjadikan Galaxy Note 9 sebagai salah satu peranti yang lengkap untuk anda – dimana anda boleh menggunakannya sepanjang hari dari segi produktiviti mahupun untuk melayari video dan memainkan permua.

Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan pengecasan pantas, dan juga kebolehan mengecas tanpa-wayar. Samsung juga menekankan keselamatan bateri pada Galaxy Note 9, dimana ia melalui ujian 8-titik semakan Samsung.

Bagi anda yang sering bertugas di luar pejabat, atau inginkan sesuatu peranti yang boleh bersama anda sepanjang hari tanpa kehabisan bateri, mungkin Galaxy Note 9 adalah pilihan yang sesuai dengan anda. Galaxy Note 9 boleh didapati di Malaysia pada harga RM3699 untuk versi 128GB, dan juga RM4599 untuk versi 512GB.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami