Carian
Twitter Menamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iPhone Dan iPad Yang Menjalankan iOS 9 Dan Sebelumnya
August 24, 2018 Aman

Twitter kini telah mengemaskini aplikasi rasmi mereka untuk iPhone dan iPad, dimana melalui kemaskini terbaru ini, mereka menamatkan sokongan aplikasi berkenaan untuk pengguna yang masih menjalankan sistem operasi iOS 9 dan sebelumnya.

Melalui kemaskini baru ini, ia memerlukan pengguna untuk menggunakan iOS 10 dan terkini untuk terus menggunakan aplikasi Twitter.

Menjadi kebiasaan untuk sesuatu aplikasi menamatkan sokongan untuk versi sistem operasi lama. Hal ini akan memudahkan mereka untuk menambah pelbagai ciri baru dengan lebih mudah. Apatah lagi, iOS 10 telah diperkenalkan sekitar 2 tahun lepas dan digunakan ramai pengguna iPhone dan iPad.

Bagi anda yang masih menggunakan iOS 9, anda digalakkan untuk naik-taraf ke sistem operasi baru untuk kekal menggunakan aplikasi Twitter ini.

Komen