Touch ‘n Go hari ini mempekrenalkan sokongan memautkan kad fizikal TnG secara terus kepada aplikasi dompet digital mereka, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menyemak baki pada kad fizikal dengan mudah.
Buat masa ini, pengguna hanya sekadar boleh memautkan kad berkenaan sahaja. Ia masih tidak menyokong pemindahan baki daripada dompet digital ke kad fizikal – selain mana baki yang diperlihatkan hanya dikemaskini lewat sehari dan bukannya dalam paparan masa-nyata.
Apa pun, ciri baru ini semestinya disukai ramai pengguna, sekaligus memudahkan pengguna untuk menyemak baki dalam kad fizikal Touch ‘n Go terus pada telefon pintar. Buat masa ini, pengguna hanya boleh menambah maksima sehingga tiga kad TnG sahaja pada sesuatu masa (termasuk MyKad).
Bersama-sama pengenalan ciri baru ini, aplikasi Touch ‘n Go turut membawakan rekaan antaramuka yang serba baru untuk pengguna Android dan juga iPhone.
Bagi anda yang menggunakan khidmat Touch ‘n Go, boleh memuat-turun aplikasi ini ke peranti anda hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun Touch ‘n Go untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun Touch ‘n Go untuk iPhone