Kriptowang Lavida Coin Dilancarkan Oleh Datuk Seri Vida

Kriptowang Lavida Coin Dilancarkan Oleh Datuk Seri Vida

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Satu Malaysia mengenali Datuk Seri Dr Hasmida Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV). Wajah hartawan kosmetik ini boleh dilihat di tepi jalan raya, di dada akhbar, di skrin TV dan di halkum radio. Beliau kini menjinakkan diri pula di dalam dunia kriptowang selepas melancarkan Lavida Coin.

Lavida Coin (LVC) ini dilancarkan selepas beliau mula berjinak-jinak di dalam dunia kriptowang sejak dua tahun yang lalu. Menurut beliau harga Lavida Coin kini masih murah tetapi akan melambung naik menjelang penghujung tahun ini. Nilai 1 LVC kini ditetapkan pada $0.66 (~RM 2.71). Selain dilihat sebagai pelaburan, LVC juga akan digunakan sebagai mata wang untuk e-dompet LavidaPay yang turut dimiliki oleh DSV.


TIPS & ULASAN