Cari @ Amanz

Pada bulan ini, Huawei Malaysia telah melancarkan telefon pintar dibawah siri Nova 3 ke pasaran tempatan. Telefon pintar yang dilancarkan adalah Huawei Nova 3 dan Nova 3i.  Bagi Nova 3, telefon pintar ini dilihat telah hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Nova 3i.

Daripada pandang pertama kami, telefon pintar Huawei Nova 3 ini dilihat sangat kemas dari segi rekaan kerangkanya. Pada bahagian hadapan, ia hadir dengan paparan skrin 6.3 inci bersama rekaan bertakuk pada bahagian atas skrin. Viewing angle kelihatan agak luas sekaligus memudahkan anda untuk melihat skrin daripada sudut berlainan.

Pada bahagian belakang pula, telefon pintar ini dilihat hadir dengan kemasan yang licin dan berkilat. Pantulan imej boleh dilihat daripada kemasan belakang peranti ini. Apabila dipegang, telefon pintar ini memberikan keselesan kepada pemegang kerana kerangkanya yang bernisbah 19:5:9 membuatkan peranti ini selesa digenggam. Pada bahagian belakang, terdapat pengimbas cap jari dan kamera yang disusun menegak.

Huawei Nova 3

Seperti telefon-telefon pintar keluaran Huawei yang lain, Nova 3 turun menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh mereka iaitu cip HiSilicon Kirin 970. Cip ini merupakan cip pemprosesan 8 teras yang mana Huawei menjanjikan kelancaran peranti yang menggunakan cip ini untuk kegunaan harian, terutamanya untuk kegunaan pelayar web dan media sosial.

Teknologi GPU Turbo yang telah dilancarkan baru-baru ini juga telah disokong untuk telefon pintar Huawei Nova 3 ini. Melalui sokongan GPU Turbo, telefon pintar ini membolehkan pengguna untuk meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sehingga 60%. Dengan sokongan teknologi ini juga, jangka hayat untuk bateri telefon pintar ini dapat dijimatkan dengan lebih efisien. Bagi anda yang mempunyai minat untuk bermain permua, sokongan GPU Turbo ini dapat membantu prestasi permainan anda menjadi lebih lancar dan baik. Buat masa ini, pemainan yang disokong dibawah GPU Turbo adalah PUBG Mobile dan juga Mobile Legends.Huawei Nova 3

Huawei Nova 3 ini dijana dengan antaramuka EMUI 8.2 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo. Melalui janaan antaramuka ini, kita dapat lihat yang mana ia membawakan rekaan antaramuka yang kemas dan ceria serta membolehkan anda untuk memilih 9 tema yang telah siap terbina pada telefon pintar ini.

Bagi anda yang tidak menggemari rekaan takuk pada peranti, Huawei Nova 3 membolehkan anda untuk menyembunyikan takuk pada bahagian atas peranti. Takuk ini boleh disembunyikan dengan perletakkan bar hitam dan fungsi ini boleh ditetapkan pada bahagian tetapan paparan (Settings>Display>Notch).

Kapasiti bateri yang disertakan adalah sebesar 3750mAh dan mampu bertahan selama 5 hingga 6 jam Screen-on-Time. Telefon pintar ini boleh dicas menggunakan port pengecasan USB-C. Bagi anda inginkan ketahanan bateri yang lama, ciri Smart Power Saving turut disertakan pada telefon pintar keluaran Huawei ini. Ciri Smart Power Saving ini dibantu oleh teknologi AI dimana teknologi ini akan mengutamakan prestasi untuk aplikasi yang sering digunakan pengguna dan mengurangkan prestasi untuk aplikasi yang kurang digunakan.

Storan yang ditawarkan untuk telefon pintar ini adalah sebesar 128GB dan memori sehingga 6GB RAM. Dengan penawaran memori dan storan sebesar ini, ia membolehkan anda untuk menyimpan lebih banyak aplikasi dan gambar yang anda inginkan tanpa perlu risau untuk anda memadamnya. Pada bahagian bawah peranti ini juga terdapat satu bicu audio 3.5mm.

Sokongan kamera adalah satu ciri yang sangat dititik-beratkan oleh pembeli sebelum mereka membeli sebuah telefon pintar. Buat telefon pintar Huawei Nova 3 ini, ia dilengkapi dengan sistem dwi kamera gabungan 16+24MP pada bahagian kamera belakang dan 24MP+2MP pada bahagian hadapan.

Nova 3 ini dijalankan dengan bantuan kecerdasan buatan (Artificial Intellgence) pada bahagian kameranya. Kamera dengan bantuan teknologi AI ini membolehkan pengguna untuk membuat pengecaman gambar sehingga 8 jenis situasi dan objek, terutamanya pada bahagian kamera hadapan. 8 jenis situasi tersebut adalah  Blue Sky, Plants, Flowers, Snow, Indoor, Beach, Night dan Stage Performance.  Dengan sokongan AI ini, gambar swafoto yang diambil dapat memberikan hasil yang cantik kerana pengecaman objek latar memberikan efek warna yang sesuai dengan subjek utama di dalam gambar.

Sokongan kamera dengan teknologi Ai ini juga dapat membuat pengecaman lebih daripada 200 senario sekaligus dapat menghasilkan gambar yang cantik dan warna yang terang walaupun persekitaran subjek adalah gelap.  Kawalan exposure pada gambar juga kelihatan agak seimbang, sekaligus dapat menghasilkan gambar yang tidak terlalu terang pencahayaannya. Kamera utama ini juga mampu membuat pengecaman seperti kamera hadapan. Sokongan kamera dengan bantuan AI juga dapat membezakan sehingga 22 situasi dalam satu gambar yang sama sekaligus memberikan impak yang cantik dan jelas hasil daripada ciri pengecaman situasi yang disertakan.

Pada antaramuka kamera pula, terdapat banyak fungsi-fungsi menarik yang boleh diubah walaupun sesuatu gambar telah diambil. Antara fungsi yang terdapat pada bahagian kamera adalah portrait mode, cimenatic portraits, beauty mode yang boleh dilaraskan, pro mode, slo-mo, panaroma, monochrome dan banyak lagi. Pelbagai pilihan pencahayaan seperti Soft lighting, Butterfly Lighting, Split Lighting, Stage Lighting dan Classic Lighting juga turut terbina pada fungsi kamera.

Pada bahagian kameranya juga terdapat fungsi AR Lens yang menawarkan karakter emoji daripada Huawei dinamakan sebagai 3D Qmoji. Apabila anda memilih fungsi AR Lens, didalamnya terdapat 5 lagi kesan khas dalam fungsi AR Lens ini. Antaranya adalah kesan khas 3D Qmoji dan Effects. Kedua dua kesan khas ini membolehkan anda untuk menghasilkan gambar dengan pelbagai karakter comel.

Selain itu, kesan khas yang dinamakan sebagai Gesture Effects pula membolehkan anda untuk merakam gambar dan video dengan hanya menggunakan isyarat tangan sahaja. Ini sekaligus memudahkan anda untuk merakam gambar atau video tanpa perlu sentuh pada butang kamera.

Pada fungsi AR Lens ini juga terdapat satu kesan khas yang membolehkan anda mengubah latar belakang anda menjadi lebih ceria dan comel. Pada kesan khas ini juga terdapat beberapa latar belakang yang disertakan sekali dengan muzik yang ceria dan comel sekaligus membolehkan anda untuk kongsikan video comel kepada kenalan anda.

Kesan khas yang dinamakan sebagai 3D Objects juga turut terbina pada fungsi AR Lens ini. Kesan khas ini dapat menghasilkan gambar atau video dengan animasi yang berbentuk 3D.

Ciri nyahkunci berasaskan wajah adalah satu ciri yang kini diperlukan untuk semua peranti. Ciri ini juga sudah terbina pada Huawei Nova 3. Dengan sokongan nyahkunci berasaskan wajah ini, ia sekaligus dapat mempercepatkan dan memudahkan lagi proses nyahkunci peranti ini. Ciri nyahkunci berasaskan wajah ini mampu dibuat walaupun persekitaran pengguna adalah gelap atau kurang pencahayaan. Menurut Huawei, sekuriti yang dibina ini sangat teliti binaannya dan sukar untuk dinyahkunci menggunakan gambar atau video.

Telefon pintar ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana spesifikasinya yang tinggi dan boleh dibeli pada harga yang rendah. Di pasaran Malaysia, telefon pintar Huawei Nova 3 ini boleh didapati pada harga RM1899 dengan pilihan warna hitam, merah dan Iris Purple.

Namun, sekiranya anda inginkan telefon pintar Nova 3 dengan penawaran harga yang lebih rendah, Huawei juga turut menawarkan telefon pintar Nova 3i. Telefon pintar ini mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Huawei Nova 3 tetapi mempunyai spesifikasi yang sedikit rendah berbanding Huawei Nova 3. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk 6.3 inci, cip pemposesan Kirin 710, memori 4GB RAM, ruangan storan 128GB dan boleh didapati pada harga RM1249 di pasaran Malaysia.

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd