Carian
Set Komputer Apple-1 Yang Berfungsi Akan Dilelong Dengan Bidaan Bermula RM1,232,850
August 24, 2018 Fahim Zahar

Produk Apple mempunyai nilai jualan semula yang tinggi. Sesiapa yang pernah cuba menjual peranti lama mereka pasti akan bersetuju dengan kenyataan ini. Komputer pertama Apple iaitu Apple-1 yang berfungsi tanpa sebarang modifikasi akan dilelong bulan hadapan dengan bidaan bermula dari $300,000$600,000 iaitu sekitar RM1,232,850 sehingga RM2,465,700.

Set komputer Apple-1 ini berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang modifikasi. Ia hanya dibaik pulih sahaja. Menurut pakar, kondisi Apple-1 ini adalah 8.5/10. Apple-1 ini akan dilelong oleh RR Auction dan ia adalah lelongan dalam kategori “Remarkable Rarities“.

Komen