Cari @ Amanz

Tetikus gaming merupakan salah sebuah aksesori komputer yang pesat dibangunkan kebelakangan ini, dan hadir dengan ciri-ciri seperti butang-butang yang boleh diubahsuai, sokongan untuk sistem pencahayaan RGB dan juga teknologi nirwayar.

Logitech, sebuah jenama yang terkenal untuk aksesori-aksesori gaming mereka kini memperkenalkan siri tetikus gaming Logitech G Pro Wireless yang hadir dengan ciri-ciri seperti technology Lightspeed Wireless yang mengurangkan masalah sela-masa yang sering dihadapi oleh tetikus nirwayar yang tidak menggunakan cip pemproses yang mempercepatkan input tetikus ke komputer.

Tetikus G Pro Wireless ini hadir dengan rekaan yang ringan pada 80g, dan ini adalah kerana rangka luaran tetikus ini diperbuat daripada bahan komposit yang senipis 1mm, dan tahan lasak untuk mereka yang gemar bermain permainan komputer secara kompetitif ataupun untuk satu jangka masa yang panjang.

Tetikus ini juga menggunakan sensor HERO 16K dan hadir dengan nilai penjejakan 16,000 DPI untuk pengalaman gaming yang lebih lancar, terutamanya jika anda sering bermain permainan komputer bertema FPS ataupun MOBA.

Jika anda meminati sistem lampu RGB pada aksesori komputer anda, tetikus G Pro Wireless ini turut hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB daripada Logitech yang bernama LIGHTSYNC RGB yang boleh diselarikan dengan aksesori Logitech yang lain.

Tetikus Logitech G Pro Wireless ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan menurut Logitech Malaysia, ia kini dijual pada harga RM699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd