Google Bekerjasama Dengan Labster Untuk Makmal Maya Khusus Untuk Pelajar STEM

Google Bekerjasama Dengan Labster Untuk Makmal Maya Khusus Untuk Pelajar STEM

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

STEM atau science, technology, engineering, mathematics adalah bidang kategori untuk pelajar. Pelajar-pelajar STEM ini banyak menggunakan makmal untuk tugas-tugasan atau projek. Tetapi disebabkan masalah seperti penjadualan, makmal penuh ditempah, masa atau lain-lain isu – Labster hadir dengan makmal realiti maya. Labster sendiri adalah syarikat yang menghasilkan makmal maya untuk sekolah atau universiti.

Kini, Google bekerjasama dengan Labster bagi menghasilkan tiga puluh makmal realiti maya melalui platform Daydream. Dengan makmal maya ini, pelajar bebas mempelajari, melengkapkan tugasan, mengkaji atau banyak lagi tanpa had. Para pelajar boleh menggunakan set realiti maya seperti Daydream View atau the Lenovo Mirage Solo untuk memasuki ke makmal maya ini.

Walaupun ia kelihatan menarik, sayang sekali ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja. Bila pula Malaysia akan mula mengintegrasi realiti maya dalam pembelajaran? Itu masih tidak pasti. Jika Malaysia menggunakannya, ia pasti menarik dan memudahkan.


TIPS & ULASAN