Cari @ Amanz

Kerjasama Google Malaysia bersama pelajar perhubungan awam, Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) ini telah menghasilkan kempen Cool Tools 4 Skool bagi melestarikan platform digital. Kempen ini telah memperlihatkan idea kreatif pelajar digunakan pada aplikasi Google seperti Google Form, Google Classroom, dan Google Slides sewaktu mereka membuat tugasan.

Kempen ini telah berlangsung selama 3 bulan dan para pelajar diberi tugasan dengan menggunakan aplikasi Google bagi meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Antara tugasan yang dilakukan adalah menghasilkan video berdasarkan tema yang ditetapkan dan memperomosikan aplikasi Google mengikut kreativiti mereka kepada umum. Melalui tugasan yang dijalankan, mereka berupaya meningkatkan interaksi antara pelajar dengan menggunakan platform digital. Menerusi tugasan ini, kumpulan video Ace Your Assignments telah berjaya menjadi kumpulan terbaik dan berpeluang untuk melawat Google Malaysia di menara Axiata.

Seramai 98 pelajar telah terlibat bagi menjayakan kempen ini dengan menghasilkan lima tema video berbeza, mereka turut menerima sijil peryertaan kempen berserta cenderahati. Kempen ini bukan sekadar mencungkil idea kreatif pelajar, namun turut membentuk pemikiran belia dalam kepenggunaan aplikasi Google supaya menjadikan tugasan mereka lebih mudah dan teratur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd