Cari @ Amanz

Walaupun jenama Motorola diuruskan oleh Lenovo, ia tidak mengehntikan pihak Lenovo untuk menghasilkan peranti mereka sendiri. Kali terakhir kita dengan peranti Lenovo adalah peranti Lenovo Z5 iaitu telefon pintar yang banyak spekulasinya. Kini, Lenovo melancarkan lima tablet baru dengan tanda harga bermula $69 (~RM284).

Tab E7, Tab E8, Tab E10, Tab M10, dan Tab P10 adalah lima tablet Lenovo baru. Lenovo Tab E7, E8 dan E10 hadir dengan skrin  7.3-inci, 8-inci, dan 10-inci. Tablet siri E ini dijana dengan cip MediaTek, memori dari 1GB RAM sehingga 2GB dan storan 16GB, dan dijual pada harga $69 (~RM284) untuk Tab E7, $99 (~RM407) untuk Tab E8 dan $129 (~RM530) untuk Tab E10. Hanya Tab E8 sahaja masih menjalankan Android versi lama iaitu Nougat, manakala Tab E7 dan E10 menjalankan Android Oreo (Go Edition).

Siri Tab M10 dan Tab P10 pula mempunyai spesifikasi yang sedikit lebih tinggi. Kedua-dua tablet ini dijana dengan Snapdragon 450, memori 3GB RAM atau 4GB RAM, storan 32GB, dan skrin HD Penuh 10.1-inci. Membezakan Tab M10 dan Tab P10 adalah kamera, kehadiran pengimbas cap jari dan juga pembesar suara. Kedua-dua tablet ini menjalankan Android Oreo dan harga tablet ini masih belum diumumkan.

Walaupun tablet ini nampak menarik kerana harganya yang murah, tetapi ia hanya dijual di Amerika Syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd