Celcom Mengumumkan Pelantikan CEO Baru – Efektif Bermula 1 September

Celcom Mengumumkan Pelantikan CEO Baru – Efektif Bermula 1 September

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membuat perubahan pada tampuk pengurusan, dan melantik Mohamad Idham Nawawi sebagai CEO baru syarikat berkenaan efektif 1 September 2018 kelak. Buat masa ini, Michael Kuehner adalah CEO semasa Celcom, dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018.

Celcom CEO Idham

Mohamad Idham mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam arena telekomunikasi di Malaysia, dan telah bersama Axiata sejak 2012 yang lepas.

Sebelum ini, Idham telah membentuk Axiata Digital Innovation Fund yang melabur pada perusahaan rintisan tempatan. Selain itu Idham juga merupakan bekas COO di P1.

Pihak Celcom turut mengatakan yang mana perubahan ini adalah selari dengan matlamat asal sebelum ini untuk melantik CEO daripada bakat dalaman syarikat untuk transformasi syarikat telekomunikasi berkenaan.


TIPS & ULASAN