Samsung Galaxy J2 Core Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android Go

Samsung Galaxy J2 Core Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android Go

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Peranti pertama yang menggunakan Android Go keluaran Samsung kini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Sungguhpun begitu Samsung Galaxy J2 Core masih lagi menggunakan pelancar Samsung Experience dengan sistem operasi Android Oreo Go Edition.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.0-inci TFT qHD, dijana pemproses Exynos 7570, memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB. Kamera utama mempunyai sensor sebesar 8-Megapixel f2.2 manakala kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Membekalkan kuasa kepada peranti ialah bateri sebesar 2600 mAh.

Terdapat sokongan GPS (Glonass dan Beidou), WiFi dan Bluetooth 4.2. Buat masa ini ia hanya disahkan akan memasuki pasaran India terlebih dahulu dengan harga sekitar RM450 sebuah,


TIPS & ULASAN