iPhone 7 Berjaya Diubahsuai Untuk Menyokong Pengecasan Nirwayar

iPhone 7 Berjaya Diubahsuai Untuk Menyokong Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Dengan iPhone 8 dan iPhone X, Apple akhirnya akur dengan permintaan pengguna untuk menyertakan sokongan pengecasan pantas Qi. Tetapi bagi pemilik model lama iPhone, mereka hanya boleh melihat dengan iri hati kerana fungsi menarik ini tidak disokong pada peranti milik mereka.

Tetapi sekiranya anda mempunyai bakat melakukan modifikasi yang baik serta berani kehilangan jaminan pada iPhone milik anda, kita pengecasan nirwayar kini telah dihasilkan di China. Selebriti YouTube yang terkenal, Scotty Allen (Strange Parts) telah memuat naik proses mengubahsuai yang dilakukan pada iPhone 7 milik beliau. Ia lebih mudah berbanding proses meletakkan bicu audio dan meningkatkan storan seperti yang turut dilakukan beliau sebelum ini. Jadi adakah anda sanggup melakukan modifikasi ini sekiranya ingin menikmati pengecasan nirwayar?


TIPS & ULASAN