Samsung Galaxy Note 9 Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia – Bermula RM3699

Samsung Galaxy Note 9 Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia – Bermula RM3699

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah memulakan jualan rasmi untuk Galaxy Note 9, sekaligus membolehkan pengguna yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar mercu berkenaan daripada pelbagai pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga bermula RM3699.

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan skrin 6.4-inci dengan paparan resolusi QHD, dijana cip Exynos 9810, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang 12-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh. Telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan S-Pen untuk membuat input berbentuk lakaran atau pun tulisan.

Di Malaysia, Galaxy Note 9 ditawarkan pada harga RM3699 untuk model 128GB/6GB RAM, selain versi 512GB/8GB RAM ditawarkan pada harga RM4599. Samsung juga menyediakan beberapa promosi khas melalui penawaran jerayawara yang diadakan seluruh negara bersempena pelancaran ini.


TIPS & ULASAN