Nostalgia : Mari Mencuba Sistem Operasi Windows 95 Pada Komputer Anda

Nostalgia : Mari Mencuba Sistem Operasi Windows 95 Pada Komputer Anda

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Windows 95 merupakan salah satu sistem operasi popular Windows yang membawakan pelbagai penambah-baikkan dari segi antaramuka dan sebagainya. Ia telah dilancarkan pada 1995 lepas, dan telah mempopularkan sejumlah ciri-ciri Windows, termasuk butang Start.

Sejak pengenalan Windows 95 sehingga ke hari ini, pelbagai perkara telah berubah termasuk dari segi antaramuka, sokongan dan sebagainya. Namun, bagi anda yang berminat dan ingin mencuba kembali sistem operasi generasi lama ini, ia kini ditawarkan sebagai sebuah aplikasi ringkas oleh seorang pembangun bebas.

Windows 95

Ditawarkan oleh Felix Rieseberg, Windows 95 hadir dalam bentuk sebuah aplikasi yang boleh digunakan dan dicuba pada komputer Windows, macOS ataupun Linux. Ia ditawarkan dalam fail bersaiz 129MB yang boleh dicuba terus pada komputer anda.

Menggunakannya, pengguna boleh mencuba sejumlah perisian asal yang hadir pada Windows 95 seperti Media Player, Paint, ataupun permainan seperti Minesweeper.

Bagi anda yang berminat dan ingin melihat bagaimana arena perkomputeran pada tahun 1995 yang lepas, anda boleh memuat-turun dan mencuba Windows 95 pada komputer anda hari ini.


TIPS & ULASAN