Pengecas MacBook memang boleh digunakan untuk mengecas iPad dan iPhone. Tetapi ia hanya mempunyai satu kepala sahaja membuatkan pengguna perlu memilih peranti mana yang lebih utama untuk dicaj terlebih dahulu. Tetapi dengan penyesuai PlugBug Duo, pengecas MacBook boleh diubah suai untuk hadir dengan dua port USB-A.
Satu port USB mengecas menggunakan arus 2.1A dan satu lagi pada tetapan 1A. Hampir kesemua model pengecas MacBook disokong oleh PlugBug pada waktu termasuk edisi terbaru yang menyokong sambungan USB-C. Bagi yang berminat PlugBug dijual pada harga $50 (~RM 205) sebuah. Selepas ini hanya satu pengecas perlu dibawa bagi mereka yang memiliki pelbagai produk keluaran Apple.