Pengguna Huawei P20 Pro Mula Menerima Kemaskini GPU Turbo

Pengguna Huawei P20 Pro Mula Menerima Kemaskini GPU Turbo

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Huawei kini dilihat telah mula menawarkan kemaskini GPU Turbo untuk para pengguna telefon pintar Huawei P20 Pro, sekaligus membolehkan pengguna peranti mercu Huawei berkenaan untuk turut menikmati ciri memfokuskan penambah-baikkan grafik untuk sesetengah permainan.

Huawei P20 Pro GPU Turbo

Melalui kemaskini GPU Turbo, ia menawarkan sokongan grafik yang lebih berkuasa dan konsisten ketika anda memainkan beberapa permainan – iaitu untuk Mobile Legends dan juga PUBG Mobile. Pihak Huawei mengatakan mereka akan menambah sokongan untuk beberapa permainan lain dalam masa terdekat.

Disamping itu, kemaskini ini juga menyertakan sokongan aplikasi Game Suite yang membolehkan anda menikmati pelbagai permua tanpa gangguan notifikasi dan panggilan.

Bagi anda yang menggunakan Huawei P20 Pro, boleh menyemak peranti anda dan menaik-taraf peranti anda hari ini.

Terima kasih Ariff untuk tips.


TIPS & ULASAN