Apple Mempatenkan Sensor Penyukat Gula Dalam Darah Yang Tidak Memerlukan Jari Dicucuk

Apple Mempatenkan Sensor Penyukat Gula Dalam Darah Yang Tidak Memerlukan Jari Dicucuk

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Pesakit kencing manis perlu menyukat kandungan gula dalam darah bagi mengelakkan diri dari mengalami hypo atau hyperglycemia. Ia dilakukan beberapa kali sehari dengan mencucuk hujung dari dan meletakkan sampel darah pada pengesan glukosa. Ini mendatangkan ketidakselesaan pada hujung jari. Apple telah mempatenkan sebuah sensor yang menyukat kandungan gula tanpa darah yang tidak memerlukan jari dicucuk.

Menerusi paten yang difailkan, sistem optikal digunakan. Menerusi spektroskopi penyerapan, kepekatan sesebuah sebatian dapat dikesan menerusi gelombang cahaya yang diserap. Secara teorinya sensor ini boleh diletakkan pada bahagian belakang Apple Watch untuk menyukat kandungan gula pada pemakai sepanjang hari dan memberikan amaran apabila ia mengesannya pada tahap bahaya.

Walaupun telah dipatenkan, teknologi ini masih lagi memerlukan lebih banyak kajian sebelum boleh digunakan sepakat penyukat gula dalam darah yang tepat. Pada waktu yang sama Apple mempunyai tabiat memfailkan paten yang kemudiannya tidak pernah digunakan pada produk sebenar.


TIPS & ULASAN