Honor 8X Dan 8X Max Akan Dilancarkan Pada 5 September

Honor 8X Dan 8X Max Akan Dilancarkan Pada 5 September

Diterbitkan pada Ogos 24, 2018 oleh .

Rekaan Honor 8X tertiris beberapa hari yang lalu dan kini tarikh pelancarkannya telah diumumkan iaitu pada 5 September hadapan. Menarik sekali dua versi peranti akan dihasilkan iaitu Honor 8X dan 8X Max.

Dari maklumat yang didengari setakat ini, 8X Max ialah versi dengan skrin 7.1 inci sekaligus membuatkannya lebih layak dipanggil sebagai sebuah tablet. Ia juga mempunyai skrin yang lebih besar berbanding Honor Note 10 (6.95-inci) dan Xiaomi Mi Max 3 (6.9-inci). Perbezaan di antara 8X dan Note 10 ialah penggunaan pemproses yang lebih rendah dan harga yang pastinya lebih mampu milik.


TIPS & ULASAN