Pengawal Permainan Xbox One Akan Disokong Oleh Android Pie

Pengawal Permainan Xbox One Akan Disokong Oleh Android Pie

Diterbitkan pada Ogos 25, 2018 oleh .

Terdapat banyak pengawal permainan yang dihasilkan khusus untuk Android tetapi kami secara peribadi mengharapkan sokongan pengawal permainan konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Ini adalah kerana tangan sudah biasa dengan kedudukan butangnya. Sokongan menyeluruh DualShock 4 hanya wujud pada peranti Xperia. Pengawal Xbox One pula bermasalah kerana butang yang tidak boleh diprogramkan semula.

Menurut laporan XDA Developer, sokongan menyeluruh untuk pengawal Xbox One akan akhirnya diberikan menerusi Android Pie. Ini pastinya berita baik bagi pemilik konsol keluaran Microsoft ini. Terdapat banyak permua semasa seperti PUBG dan Fortnite yang lebih mudah dikawal menggunakan pengawal permainan sebenar. Persoalannya sekarang ialah bilakah peranti Android yang dimiliki akan menerima Android Pie sebelum fungsi ini dapat digunakan.


TIPS & ULASAN