Kelak Anda Akan Melihat Lebih Banyak Iklan Pada YouTube Yang Tidak Boleh Dilangkaui

Kelak Anda Akan Melihat Lebih Banyak Iklan Pada YouTube Yang Tidak Boleh Dilangkaui

Diterbitkan pada Ogos 25, 2018 oleh .

Pada laman video popular, YouTube, ia sedia disokong dengan paparan iklan – dimana pendapatannya dikongsikan antara pihak YouTube dan juga penerbit sesuatu kandungan berkenaan. Terdapat pelbagai jenis pengiklanan yang dipaparkan, dan salah satu yang mungkin tidak digemari ramai adalah bentuk pengiklanan yang tidak boleh dilangkaui.

Menurut perkongsian pihak YouTube pada hari ini, mereka mengumumkan yang mana semua penerbit kandungan boleh mengaktifkan paparan iklan yang tidak boleh dilangkaui pada saluran mereka tidak lama lagi. Ini sekaligus akan membolehkan penerbit kandungan berkenaan menjana lebih pendapatan berbanding kebiasaan.

YouTube mengatakan yang mana tetapan ini akan hadir pada Dashboard penerbit kandungan secara berperingkat bermula minggu ini.

Dengan hal ini juga, ia secara tidak langsung akan membuatkan lebih ramai penerbit kandungan memilihnya dalam tujuan untuk menjana lebih banyak pendapatan. YouTube menetapkan had sesuatu pengiklanan sehingga 20 saat.

Walaupun ini mungkin tidak digemari ramai, tetapi dengan langkah ini ia secara tidak langsung mungkin menyokong platform dan penerbit berkenaan. Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda mengenai bentuk iklan yang tidak boleh-dilangkaui ini.


TIPS & ULASAN