Carian
Poco F1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi – Seawal Minggu Hadapan?
August 25, 2018 Aman

Poco merupakan salah satu sub-jenama terbaru daripada Xiaomi. Telefon pintar pertama dibawanya adalah Poco F1 yang mana hadir dengan spesifikasi tinggi – termasuk penggunaan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, bateri 4000mAh dan juga sokongan penyejukan cecair.

Terkini, ia dilihat telefon pintar berkenaan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Hal ini juga selari dengan penemuan rekod peranti ini di Sirim sejak beberapa minggu lepas.

POCO F1

Buat masa ini, terdapat beberapa pengedar rasmi produk Xiaomi telah mula hadir dengan gambar acah, dan mengatakan ia akan hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran Poco F1 ini untuk pasaran Malaysia pada acara Poco yang dijadualkan pada hari Isnin ini di Jakarta.

Komen