BlackBerry Berkongsi Video Acah Untuk Key2 LE Yang Akan Dilancarkan Di IFA

BlackBerry Berkongsi Video Acah Untuk Key2 LE Yang Akan Dilancarkan Di IFA

Diterbitkan pada Ogos 26, 2018 oleh .

Acara IFA 2018 akan berlangsung di Berlin minggu hadapan. Antara peranti yang bakal dilancarkan ialah BlackBerry Key2 LE. Berbeza dengan Key2, Ke2 LE mempunyai spesifikasi yang lebih rendah tetapi harga yang mungkin lebih mesra dompet. Pihak BlackBerry telah memuat naik video acah terkini peranti ini yang menunjukkan panel belakangnya.

Dari segi spesifikasi Key2 LE diramalkan akan mempunyai skrin 4.5″ yang sama tetapi dijana pemproses Snapdragon 636, kamera 13+5 Megapixel dan bateri 3000 mAh. Kesemua spesifikasi utama ini lebih rendah berbanding Key2. Di dalam ulasan Key2, kami mengatakan antara masalah utamanya ialah harga yang tidak kompetitif di pasaran Malaysia.

Kejayaan Key2 LE sekiranya memasuki pasaran Malaysia amat bergantung kepada harga jualannya. Tetapi secara peribadi kami merasakan peranti dengan papan kekunci fizikal tidak lagi selari dengan kehendak pelanggan semasa.


TIPS & ULASAN