Telefon Terbaik Di Bawah RM3000 (Pertengahan 2018)

Telefon Terbaik Di Bawah RM3000 (Pertengahan 2018)

Diterbitkan pada Ogos 26, 2018 oleh .

Bagi anda yang sedang mencari peranti baru, di sini kami ingin membantu anda untuk membuat pilihan peranti terbaik yang anda boleh miliki pada bajet tertentu. Sebelum ini, kami telah menyenaraikan telefon terbaik pertengahan 2018 di bawah RM500, di bawah RM750, di bawah RM1000, di bawah RM1500, di bawah RM2000, di bawah RM2500, dan kini tiba giliran peranti di bawah RM3000.

Untuk segmen di bawah RM3000, peranti yang disenaraikan selalunya terdiri daripada peranti mercu (flagship), dengan menawarkan rekaan yang menarik, spesifikasi berkuasa, bersama fungsi ekstra yang tiada ditampilkan pada peranti di bawah harga RM2500 dan ke bawah. Jadi anda akan dapati, telefon di dalam harga ini akan hadir dengan spesifikasi peranti mercu seperti penggunaan cip pemprosesan yang pantas, paparan yang menyokong HDR, hadir dengan storan UFS 2.1, dan mempunyai keupayaan kamera dengan penstabilan imej seperti EIS & OIS.

Kami telah memilih beberapa peranti yang berbaloi dimiliki pada harga ini, yang mana dinilai berdasarkan peranti yang mampu memberikan pengalaman penggunaan terbaik.

Kriteria Pemilihan

  • Penawaran memori minimum 4GB RAM.
  • Hadir dengan cip pemprosesan berkelas mercu.
  • Menawarkan storan UFS 2.1.
  • Hadir dengan rekaan skrin bingkai nipis.
  • Menyokong kandungan HDR.
  • Didatangkan dengan fungsi pengecasan pantas, NFC, dan USB-C.

Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan harga rasmi daripada pengeluar dan bukannya mengikut harga yang diolah oleh kedai. Dengan penilaian yang teliti, berikut adalah senarai telefon terbaik pertengahan 2018 yang anda boleh dapat di bawah RM3000.


04

HTC U11+

HTC U11+ merupakan peranti penambahbaikan kepada HTC U11, dengan saiz skrin dan kapasiti bateri yang dipertingkatkan. Apa yang kami sukakan dengan peranti ini adalah, ia menyanjikan bunyi yang lantang melalui pembesar suara Boom Sound, menawarkan slot kad microSD, hadir dengan IP68 untuk sokongan kalis air, dan membawakan kapasiti bateri yang besar.

Cuma kekurangannya, cip yang digunakan merupakan cip keluaran tahun lepas, tidak menampilkan bicu audio 3.5mm, dan tidak menawarkan sokongan Portrait Mode.

Spesifikasi:

  • 6.0” Super LCD6 QHD+ 18:9, HDR, DCI-P3
  • Qualcomm Snapdragon 835
  • 4 x Kryo 2.45 GHz, 4 x Kryo 1.9 GHz
  • 6GB RAM / 128GB + microSD
  • 12MP f/1.7 OIS / 8MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3930 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • IP68 untuk sokongan kalis air dan debu
  • Android 8.0 / HTC Sense UI

Harga: RM2899 (6GB RAM + 128GB)


03

Sony Xperia XZ2 Compact

Sony Xperia XZ2 Compact merupakan peranti versi kecil berbanding Xperia XZ, namun masih mengekalkan sejumlah penawaran peranti yang serupa. Apa yang kami sukakan dengan peranti ini ialah, ia menawarkan binaan kompak dalam pakej peranti mercu, menyokong rakaman gerak perlahan 960fps dalam resolusi 1080p, hadir dengan IP68 untuk sokongan kalis air, dan membawakan sokongan kad microSD.

Cuma kekurangannya, ia tidak mempunyai sambungan bicu audio 3.5mm, hanya didatangkan dalam variasi 4GB RAM, selain tidak menawarkan penggambaran Portrait Mode.

Spesifikasi:

  • 5.0” IPS LCD FHD+ 18:9, HDR
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4 x Kryo 385 Gold 2.7 GHz, 4 x Kryo 385 Gold 1.7 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + microSD
  • 19MP f/2.0 / 5MP f/2.2
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 2870 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • IP68 untuk sokongan kalis air dan debu
  • Android 8.0 / Sony Xperia UI

Harga: RM2734 (4GB RAM + 64GB)


02

OnePlus 6

OnePlus 6 menyajikan sejumlah penawaran mercu yang seimbang, yang kini ditingkatkan dengan rekaan kaca yang menarik. Ia dijana cip Snapdragon 845 iaitu cip yang terpantas setakat ini, mengekalkan sambungan bicu audio 3.5mm, dan dijana menampilkan antaramuka ke arah Android asli menerusi OxygenOS.

Selain itu, ia turut menampilkan panel Optic AMOLED yang terang, hadir dengan sokongan EIS untuk rakaman 4K @60fps, selain menawarkan Dash Charge 20W dengan masa pengecasan yang sangat pantas.

Cuma kekurangan yang didapati pada peranti ini, ia tidak menampilkan slot kad microSD, disamping disamping tidak dinyatakan sebarang pengesahan IP untuk sokongan kalis air.

Spesifikasi:

  • 6.28” Optic AMOLED FHD+ 19:9, DCI-P3
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz
  • 8GB RAM / 128GB
  • 16MP f/1.7 + 20MP f/2.0 f/1.7 / 16MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3300 mAh, USB-C, Dash Charge 20W
  • Tiada pengesahan IP untuk sokongan kalis air
  • Android 8.1 / OxygenOS

Harga: RM2799 (8GB RAM + 128GB)


01

Huawei P20 Pro

Huawei P20 Pro berjaya menjadi topik bualan hangat pada tahun ini, apabila ia berjaya meraih skor tertinggi pada DxO Mark. Ia menyajikan sistem tiga kamera dengan kebolehan zoom optikal sebanyak 3 kali, kebolehan zoom hibrid sebanyak 5 kali, dan sistem penstabilan imej AI (AIS) untuk sokongan penggambaran malam yang stabil.

Huawei P20 Pro juga hadir dengan paparan AMOLED, menyokong IP67 untuk sokongan kalis air, pembesar suara stereo, dan menawarkan kapasiti bateri yang besar.

Cuma kekurangannya, ia tidak membawakan bicu audio 3.5mm, selain tidak menampilkan sokongan untuk perletakkan kad microSD.

Spesifikasi:

  • 6.1” AMOLED FHD+ 18.7:9, HDR, DCI-P3
  • HiSilicon Kirin 970
  • 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 128GB
  • 40MP f/1.8 OIS + 20MP f/1.6 OIS + 8MP / 24MP f/2.0
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • IP67 untuk sokongan kalis air dan debu
  • 4000 mAh, USB-C, Huawei SuperCharge/li>
  • Android 8.1 / EMUI 8.1

Harga: RM2899 (6GB RAM + 128GB)


Jadi itulah peranti terbaik pertengahan 2018 yang anda boleh dapati di bawah RM3000. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.


TIPS & ULASAN