Cari @ Amanz

Banjir besar di Kerala India menyebabkan 370 insan putus nyawa dan lebih sejuta mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat bantuan. Hujan yang turut mengakibatkan banjir yang terbesar dalam tempoh seabad turut menyebabkan kerosakan yang memerlukan kos baik pulih yang tinggi. Samsung India minggu lalu mengumumkan perkhidmatan baik pulih bagi membantu mangsa yang terkesan.

Samsung akan memberikan perkhidmatan baik pulih potongan 50% ke atas alat ganti dan kos buruh percuma ke atas peralatan keluaran mereka yang mengalami kerosakan. Mereka turut menyumbangkan INR 1.5 Crore (~RM 880,000) kepada tabung bantuan banjir Kerala serta 10,000 katil ke pusat bantuan bagi meringankan beban kepada mangsa.

Tanggungjawab sosial korporat seperti ini kerap dilihat selepas berlakunya bencana alam. Samsung turut memberikan bantuan alat ganti selepas banjir besar di Pulau Pinang dan Kedah. Apple juga memberikan bantuan baik pulih percuma selepas banjir di Jepun awal tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd