Cari @ Amanz

Jenama telefon pintar Sony dilihat kurang popular. Ini mungkin kerana tawaran harga atau rekaan yang kurang diminati ramai. Selepas Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Premium – Sony dilihat ingin memperkenalkan lagi peranti mercu lain iaitu Xperia XZ3.

Jika benar XZ3 akan dilancarkan, secara langsung ia akan menjadi peranti mercu ketiga mereka tahun ini. Dari segi gambar yang tertiris, ia masih mengekalkan rekaan hampir sama dengan Xperi XZ2.

Menurut sumber, Xperia XZ3 mungkin akan menggunakan panel skrin hampir penuh dengan ‘dahi’ dan ‘dagu’ yang nipis. Selain itu, menurut ura-ura XZ3 akan menggunakan satu lensa pada kamera utama dengan sensor 48-megapixel. Disebabkan ia adalah peranti mercu 2018, ia masih dijana dengan Snapdragon 845.

Tiada lagi maklumat lain, jika ada akan kami terbitkan artikel baru. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd