Cari @ Amanz

Asus Zenfone 5Z adalah telefon pintar mercu Asus tahun 2018. Ia dijana dengan Snapdragon 845, masih mempunyai bicu audio serta banyak ciri menarik. Menarik perhatian ramai adalah harga yang dijual di Malaysia boleh dikatakan ‘membunuh‘ peranti mercu lain.

Asus Zenfone 5z

Kini, Zenfone 5Z menerima kemaskini baru. Asus mengeluarkan lebih 15 kemaskini baru. Berikut adalah senarai kemaskini:

Fungsi Baru

  • Nyahkunci peranti dengan mengangkat peranti. Tidak lagi perlu menekan butang kuasa untuk nyahkunci menggunakan wajah.
  • Kawalan melalui gesture ditambah.

Fungsi Kamera Baru

  • Penuras secara langsung diaktifkan.
  • Mengaktifkan sokongan simpanan fail RAW.
  • Mengaktifkan Panaroma.
  • Rakaman video FHD@60FPS dan 18:9@30FPS kini menyokong EIS.
  • Mengikut kondisi, EIS/OIS akan hidup atau mati untuk hasil video yang baik.
  • Boleh mengesan panas jika rakaman video dilakukan lama.
  • Menyokong pembuangan noise 3-Dimensi dalam mod Pro.

Pembaikan Kamera

  • Fungsi HDR diperbaiki.
  • Rakaman swafoto diperbaiki.

Audio

Meningkat kualiti audio di dalam video kepada 192kbps bitrate

Terdapat banyak lagi senarai kemaskini yang anda boleh rujuk di XDA. Jika anda masih tidak menerima kemaskini ini, ini kerana kemaskini ini hadir secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd