Huawei Akan Menghalang Peranti Diboot Jika Magisk Dipasang
Fahim Zahar
Magisk adalah satu sistem root yang terbaik untuk peranti Android. Selain daripada root Magisk turut membenarkan pengguna memasang pelbagai modifikasi tanpa perlu masuk ke mod pemulihan seperti TWRP.
I am informed that a new Huawei OTA will make installing Magisk unable to boot at all. At this point I might just simply ignore this brand even exists.
— John Wu (@topjohnwu) August 23, 2018
Kini untuk peranti Huawei, Magisk tidak lagi boleh digunakan. Kerana menurut pembangun Magisk – John Wu, Huawei akan menghalang peranti diboot jika Magisk dipasang. Secara langsung, John Wu tidak lagi akan meneruskan pembangunan Magisk untuk peranti Huawei.
Jadi, jika anda adalah pengguna Huawei yang gemar mengubahsuai peranti anda seperti menukar ROM, root atau sebagainya – kini Magisk tidak lagi boleh digunakan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.