Honor Play “Player Edition” Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor Play “Player Edition” Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Honor Malaysia sedia menawarkan telefon pintar memfokuskan permua mereka, dinamakan Honor Play. Kini, selain daripada versi biasa, Honor Malaysia dijangka akan turut hadir dengan peranti edisi khusus yang dinamakan “Player Edition“.

Honor Play Player Edition

Honor Play Player Edition

Honor Play “Player Edition” ini hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama, termasuk sokongan GPU Turbo. Membezakannya adalah dari segi rekaan belakang yang lebih ranggi berbanding versi biasa dengan penyertaan beberapa corak bercetak pada kerangka belakang, selain pewarnaan merah disekeliling kamera.

Honor Play Player Edition

Ia tidak diketahui lagi sama ada Honor akan menawarkan ia pada harga lebih kurang sama seperti Honor Play, atau akan membawakan sedikit penambahan harga padanya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam masa seminggu dua lagi.


TIPS & ULASAN