Aplikasi PayPal Dikemaskini – Memfokuskan Penghantaran Duit Ke Rakan

Aplikasi PayPal Dikemaskini – Memfokuskan Penghantaran Duit Ke Rakan

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

PayPal adalah perkhidmatan pembayaran atas talian yang popular. Selain daripada web, mereka turut hadir dalam bentuk aplikasi untuk peranti mudah alih. Selama ini, fungsi aplikasi hampir sama dengan fungsi di web – kini aplikasi PayPal dikemaskini memfokuskan penghantaran duit ke rakan.

Aplikasi PayPal baru ini tidak mempunyai sebarang fungsi baru atau menarik. Pihak PayPal secara asasnya, membuang semua fungsi dan ciri yang ada pada aplikasi versi lama dan kini hanya fokus pada penghantaran duit ke rakan.

Buka sahaja aplikasi, sedikit sejarah transaksi dipaparkan kemudian di bahagian bawah terdapat pilihan menghantar duit atau memohon untuk menerima duit. Aplikasi baru PayPal ini sudah hadir untuk di Android. Tidak pasti sama ada versi iOS akan menerima kemaskini atau tidak.

Muat Turun Aplikasi PayPal Baru Di Play Store


TIPS & ULASAN