Hari ini, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan Lenovo Legion Y530 secara rasminya untuk pasaran tempatan. Bersama-sama dengannya, Lenovo turut telah mengumumkan mereka bakal membawa masuk sejumlah peranti baru dibawah keluarga Legion untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.
Antaranya adalah Lenovo Legion Y730, Legion C530 Cube, Legion C730 Cube, Legion T530 Tower dan juga Legion T730 Tower.
Lenovo Legion Y730 merupakan komputer riba yang hadir dengan sokongan Dolby Atmos Speaker, selain dilengkapi sokongan kad grafik yang lebih berkuasa berbanding siri Y530.
Selain itu, Lenovo Legion C530 Cube dan C730 Cube merupakan komputer dalam bentuk saiz kiub yang memudahkan pengguna meletakkannya di meja tanpa menggunakan ruangan yang besar seumpama desktop biasa.
Legion T530 Tower dan Legion T730 Tower pula merupakan komputer dengan penawaran spesifikasi tinggi memfokuskan permainan video, selain dilengkapi sistem RGB dan pengudaraan yang baik.
Kesemua ini hadir dengan fokus terhadap permainan video, dan menawarkan rekaan industri yang moden.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.