Pocophone F1 Dijual Pada 30 Ogos Di Malaysia – RM1237 Untuk 64GB, RM1428 Untuk 128GB

Pocophone F1 Dijual Pada 30 Ogos Di Malaysia – RM1237 Untuk 64GB, RM1428 Untuk 128GB

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Pocophone F1 telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global pada hari ini, sekaligus turut berkongsi harga dan tarikh jualannya untuk pasaran Malaysia. Berita baik yang menantikan peranti ini, ia akan mula dijual di Malaysia pada 30 Ogos ini pada harga bermula RM1237.

Pocophone F1 merupakan peranti yang mempunyai spesifikasi berkuasa, dengan menawarkan rekaan skrin bertakuk, cip Snapdragon 845 dengan sistem penyejukan terbina, memori 6GB RAM LPDDR4X, dan hadir dengan sokongan GPU Adreno 630. Ia turut hadir dengan skrin bertakuk yang dilengkapi pengimbas infra-merah untuk nyah-kunci berasaskan wajah.

Untuk keupayaan kamera, Pocophone F1 dilengkapi dengan sistem dwi-kamera 12MP f/1.9 + 5MP f/2.0, selain menampilkan kamera hadapan 20MP f/2.0. Melengkapkan lagi peranti ini ialah kapasiti bateri 4000 mAh bersama sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Pocophone F1 turut menggunakan Poco Launcher yang lebih ringan dan lancar, berbeza sedikit berbanding MIUI.

Dari segi jualan, hanya terdapat dua variasi yang ditawarkan iaitu 6GB RAM dengan storan 64GB ditawarkan pada harga RM1237, sementara model 6GB RAM dengan storan 128GB dijual pada harga RM1428. Namun selepas pengenalan SST bermula 1 September, Pocophone F1 bakal dijual pada harga RM1299 untuk variasi 6GB RAM + 64GB, dan RM1499 untuk variasi 6GB RAM + 128GB.


TIPS & ULASAN